Friday, August 29, 2008

Pentingnya peranan pemimpin-pemimpin yang berjasa dalam menyatukan Umno.....ke landasan yang betul....

Apakah pemimpin -pemimpin umno masih meninggi diri,sombong dan bongkak walaupun dalam keadaan parti orang melayu telah hampir hancur?Masih hilang kawalan dan tidak jelas apa yang harus mereka lakukan?Kononnya orang-orang seperti Ezam,Nallakaruppan ,Pas adalah orang yang patut disanjung dan diutamakan dalam konsep berparti.Siapa mereka ini sebenarnya ?Apa jasa mereka kepada negara selain kononya telah insaf dan tersesat jalan sebelumnya.Tidakkah pemimpin umno sedar mereka ini adalah orang-orang yang dah expired bagi PKR,dah kenyang dengan kehendak mereka ,sumpah seranah kepada Umno masih terngiang-ngiang ditelinga.Sungguh menghairankan bagaimana pemimpin UMNO MASIH MEMPERCAYAI orang yang begini,untuk menjadi jurucakap Umno.Apa Umno telah kekurangan ahli ke yang dapat membantu umno selain budak-budak expired ni.Kasian ....setelah 50 tahun merdeka kelihatannya Umno hilang arah dan tak tahu menilai mana kaca ,mana permata......amat menyedihkan sekali........Pemimpin-pemimpin yang berjasa terus aja dipinggirkan.....apa.....mereka ini tidak tahu ke jasa-jasa inilah yang membolehkan kalian berada ditempat itu sekarang.... Carilah mereka untuk memulihkan UMNO.....Merka ada banyak ide untuk menarik rakyat untuk kembali ...kerana selama ini apa yang diperjuangkan adalah apa yang dikehendaki oleh rakyat.....menjana ekonomi...menstabilkan politik,...semua warga mendapat bahagiannya,danwalaupun pembangunan dibuat hak rakyat tetap diberi keutamaan, tidak membebankan rakyat ,menyebabkan orang susah pun tidak rasa tertekan dengan dasar-dasar yang dibuat.Kerajaan dulu amat mesra rakyat dan disenangi semua ,walau pun pembangkang berkokok tapi rakyat tak endahkan kerana mereka senang dengan dasar yang tidak membebankan rakyat.Kalau hendak dicatitkan mungkin tak cukup .......kerana memang banyak lagi ......Walaupun tak kaya sebenarnya apa yang rakyat mahu ialah kerajaan harus memahami kesusahan rakyat dan tidak membebankan mereka...kini nampaknya tak ada dasar yang boleh dibanggakan rakyat,apbila ada dasar yangmeningkatkan gaji atau pencen k/tangan kerajaan ini menambahkan lagi jurang antara pekerja swasta yang tidak mendapat apa-apa drp majikan dan peningkatan gaji juga biasanya dikaitkan dgn peningkatan kos hidup apabila harga barang meningkat.Buanglah rasa ego kalian sebagai pemimpin .Bersatu dan kembalilah keasal dalam dasar-dasar yang diperjuangkan .Samada suka atau tidak pejuang-pejuang lama yang banyak jasa ini perlu dirujuk untuk mengembalikan kegemilangan Umno dan kesinambungan agenda bangsa, agama dan maruah ketuanan Melayu.Walau apa pun yang difikirkan tentang kekuasaan langsung tidak memberi makna kepada anak cucu kita kalau pemimpin masih bertelaga dan mementingkan diri sendiri.PM haruslah mengakui akan kelemahan yang dihadapi umno sekarang .Kekuatan sebenarnya masih ada pada Umno bukan pada Pas atau budak mentah yang baru masuk umno...sedarlah ..pemimpin umno.....harus bersatu dan mengakui kelemhan yang ada dan perbaiki dengan segera kerana mereka yang berpengalaman memang kaya dengan ide dan pasti kekusutan dapat dileraikan ......demi masa depan bangsa Malaysia yang kita cintai ini... Ingatlah kekuatan sebenar adalah ditangan umno ...Pergunakanlah kekuatan ini untuk menarik perhatian rakyat kepada umno...lakukan dgn segera sebelum terlambat...Wassallam......

Dari blog Che Det

Snippets


| | Comments (130) | TrackBacks (0) | Previous Blog
Kebebasan Media

1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

Wednesday, August 27, 2008

UMNO HARUS MELIHAT DR. M SEBAGAI ASSET KEPADA PARTI UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN PARTI DAN BUKAN BERGANTUNG KEPADA EZAM DAN NALLAKARUPPAN

Saya ingin mengulas sedikit pandangan saudara mengenai siapakah orangnya yg boleh diletak untuk menggantikan PM.Pd pndpt saya sesiapa pun boleh menggantikan tempat AAB,Tetapi dgn syarat UMNO kena terima TUN DR. MAHATHIR sbg penasihatnya.Tun mempunyai strategi dan berpandgn jauh yg sangat diperlukan oleh BUKAN SAJA org MELAYU ,malah oleh keseluruhan rakyat malaysia .Wawasan dan cara beliau menangani ekonomi negara disenanagi oleh seluruh rakyat krn ianya tidak membebankan rakyat malah mesra rakyat .Tanyalah pd sesiapa saja pasti nostalgia ini masih dlm ingatan rakyat malah ramai yg merindui sentuhan pemerintahan beliau.Wlpn ramai yg menggelarkan beliau sbg mahafiraun ,jarg sekali beliau membalas gelaran tersebut tidak spt sekarg yg begitu mudah menuduh seseorg itu samada BABI ATAU MONYET.Saya rasa itu bukan budaya UMNO,KRN provok spt ini dulu milik pembgkg ttp kini dah jadi milik umno pula spt perkataan setan ,kurg ajar dsbnya.Mudah sekali dihamburkan adakah itu cara nak tarik @ambil hati rakyat.Pemimpin seolah -olah mudah naik darah dan tiada kesabaran dlm menghadapi kerenah rakyat. ITUKAH pemimpin namanya.Saya rasa Tun MAHATHIR MASIH BANYAK IDE YG boleh dikgsikan dgn UMNO UNTK MENAMBAT HATI PENGUNDI DAN RAKYAT malaysia.Saya masih ingat pd thn 1998 selepas Anuwar dipecat ketika itu senario anuwar berrefomasi sangat hebat ,tp DR.M TETAP MENG DGN MAJORITI 2/3.bUKANKAH ITU MENUNJUKKAN DR.M SANGAT BIJAKSANA TTP KENAPA SKRG DIBIARKAN BELIAU BERADA DILUAR UMNO.NASIB BAIK BELIAU TIDAK JADI PEMBGKG.APAKAH PEMIMPIN UMNO MASIH BUTA DAN TAK BOLH MEMIKIRKAN UNTUK BERJUMPA DAN BERBINCG DGN PERMATA UMNO INI DEMI MEMBERI NAFAS BARU KPD UMNO UNTUK MENDAPATKAN SEMULA LONJAKAN PARAGDIGMA UNTUK DISYANGI SEMULA UMNO OLEH RAKYAT.sAYA DPT RASAKAN DR.M TIDAK MAHU BERKUASA LG TTP TENTU BELIAU SANGAT BERBESAR HATI UNTUK MEMBANTU UMNO UNTUK DIPULIHKAN JIKA KHIDMATNYA DIPERLUKAN LAGI .DR.M adalah satu-satunya strategi yg umno perlukan ,bukam Ezam ATAU NALLAKARUPAN ORG YG DILIHAT SPT TALAM 2 MUKA.Wassallam .

6:38 PM

Delete