Saturday, July 19, 2008

Mungkin kita perlukan kata-kata motivasi demi anjakan paragdima dalam meneruskan hari-hari yang mendatang ini.........

Tik...tok....tik ...tok...tik...tok.....masa terus berlalu .Tanpa menoleh kebelakang.....Apa yang dah berlalu ...biarlah berlalu.Itu ..semua dah jadi sejarah.Apa yang bakal mendatang adalah sebuah ...harapan....yang harus diperhitungkan....masa depannya.Jangan diratap apa yang dah berlalu, tak kan boleh dipusingkan semula.Kita kena optimis dengan apa yang bakal mendatang.Ingat dalam mengharungi kehidupan hari ini kita harus sentiasa berfikiran positif,supaya akal kita dapat berfikir secara rasional.Tenangkan pemikiran dan percayalah ini adalah realiti hidup hari ini.Apa yang dah berlaku itu adalah perbandingan antara yang buruk dengan yang baik ,untuk dijadikan iktibar pada masa depan.Rahsianya hanya ALLAH yang mengetahui setiap kejadian yang dikehendaki. Cuba saudara semua renungkan hakikat hidup ini,jatuh bangun,maju mundur,kaya miskin,semuanya berpasang-pasangan.Realitinya begitulah.Cuma kita manusia harus melihat keadaan ini dengan jujur.Apakah kita hanya ingin berpeluk tubuh membiarkan keadaan ini menghambat kehidupan kita tanpa melakukan sesuatu.Mungkin saudara tertanya-tanya apakah yang boleh saudara sekalian lakukan dalam keadaan inflasi hari ini ?Betul sara hidup menjadi bertambah,nilai wang tidak bertambah.Memang sedih ...tapi itu realitinya kini.Saudara sekalian pernahkah saudara mendengar perkataan POTENSI DIRI....kerana setiap manusia mempunyainya.Antara menyedari dengan tidak adalah permasaalahanya.Usaha yang gigih dan peluang adalah laluannya.Berilah suatu peluang pada diri anda untuk membuat sesuatu yang boleh memberi menafaat dari segi kewangan untuk keluarga anda. Mana lah tahu ini mungkin permulaan untuk saudara berjaya dalam usaha itu.Mungkin saudara boleh berniaga,atau belajar sesuatu kemahiran kemudian dimajukan...atau diusahakan ...dengan bersungguh sungguh.Sekarang semuanya mahal.Kadngkala rasa macam tak masuk akal.Kuih berharga sehingga seringgit berbanding dua tiga puluh sen sahaja.Anda atau kita KENA TUKAR NILAI DIRI ANDA SEBAGAI PEMBEKAL DAN BUKAN PENGGUNA untuk menikmati faedahnya sekarang. Apamacam setuju tak?Tapi anda kena ingat kejayaan bergantung kepada inisiatif atau usaha yanga berterusan tanpa rasa jemu,kecewa, putus asa dan puas.CapaIlah ia walau sesukar mana,kerana laluan yang terbatas,rintangan,halangan dan dugaan adalah lumrah kehidupan untuk menuju kemercu tanda.Anggaplah ia sebagai satu anjakan paradigma dalam kita berjuang ,kerana itu semua akan membawa satu kemanisan yang berterusan yang dinamakan 'KEJAYAAN' untuk selamanya.Ingat !!! apa yang dilalui itu adalah suatu nilai yang sangat tinggi untuk diturunkan kepada jenerasi muda sebagai panduan dalam meniti kehidupan yang mendatang ini yang penuh dengan onak dan duri.Itulah erti sebuah KEJAYAAN dalam kehidupan. Manis dan pahit,kalah menang,silih berganti membawa satu' message' atau isyarat yang jelas siapa berani mengharunginya dengan tabah dan sabar ,habuan yang menantinya bukan sedikit. ORANG TUA TUA PERNAH MENGUNGKAPKANNYA begini ,'KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MASAKAN DAPAT SAGUNYA'.Fikir-fikirkanlah untuk dijadikan ransangan dalam kehidupan yang semakin kalut ini....Wassallam...

2 comments:

Akar Umbi said...

Bagus juga ceramah motivasi ni. Hakikatnya, kebanyakan dari kita enggan berubah.

Sutera Timur said...

Saudara AZLAN,

Tidak mengapalah kalau hari ini perubahan tidak dilakukan lagi,mungkin sebelum melakukannya kita perlukan ilmu.Cari dan usahakan dulu
ilmu itu. Manalah tahu esuk lusa ..perubahan itu akan berlaku.Ianya masih belum terlewat...Selagi manusia tidak berputus asa maka selagi itu ada iktiar dalam menghadapi kesusahan..dan kepayahan..panjgkan doa supaya hidayah dan petunjuk..terus dianugerahkan kepada kita......dalam mencari rezeki yg halal dan rahmatnya.....