Friday, August 29, 2008

Pentingnya peranan pemimpin-pemimpin yang berjasa dalam menyatukan Umno.....ke landasan yang betul....

Apakah pemimpin -pemimpin umno masih meninggi diri,sombong dan bongkak walaupun dalam keadaan parti orang melayu telah hampir hancur?Masih hilang kawalan dan tidak jelas apa yang harus mereka lakukan?Kononnya orang-orang seperti Ezam,Nallakaruppan ,Pas adalah orang yang patut disanjung dan diutamakan dalam konsep berparti.Siapa mereka ini sebenarnya ?Apa jasa mereka kepada negara selain kononya telah insaf dan tersesat jalan sebelumnya.Tidakkah pemimpin umno sedar mereka ini adalah orang-orang yang dah expired bagi PKR,dah kenyang dengan kehendak mereka ,sumpah seranah kepada Umno masih terngiang-ngiang ditelinga.Sungguh menghairankan bagaimana pemimpin UMNO MASIH MEMPERCAYAI orang yang begini,untuk menjadi jurucakap Umno.Apa Umno telah kekurangan ahli ke yang dapat membantu umno selain budak-budak expired ni.Kasian ....setelah 50 tahun merdeka kelihatannya Umno hilang arah dan tak tahu menilai mana kaca ,mana permata......amat menyedihkan sekali........Pemimpin-pemimpin yang berjasa terus aja dipinggirkan.....apa.....mereka ini tidak tahu ke jasa-jasa inilah yang membolehkan kalian berada ditempat itu sekarang.... Carilah mereka untuk memulihkan UMNO.....Merka ada banyak ide untuk menarik rakyat untuk kembali ...kerana selama ini apa yang diperjuangkan adalah apa yang dikehendaki oleh rakyat.....menjana ekonomi...menstabilkan politik,...semua warga mendapat bahagiannya,danwalaupun pembangunan dibuat hak rakyat tetap diberi keutamaan, tidak membebankan rakyat ,menyebabkan orang susah pun tidak rasa tertekan dengan dasar-dasar yang dibuat.Kerajaan dulu amat mesra rakyat dan disenangi semua ,walau pun pembangkang berkokok tapi rakyat tak endahkan kerana mereka senang dengan dasar yang tidak membebankan rakyat.Kalau hendak dicatitkan mungkin tak cukup .......kerana memang banyak lagi ......Walaupun tak kaya sebenarnya apa yang rakyat mahu ialah kerajaan harus memahami kesusahan rakyat dan tidak membebankan mereka...kini nampaknya tak ada dasar yang boleh dibanggakan rakyat,apbila ada dasar yangmeningkatkan gaji atau pencen k/tangan kerajaan ini menambahkan lagi jurang antara pekerja swasta yang tidak mendapat apa-apa drp majikan dan peningkatan gaji juga biasanya dikaitkan dgn peningkatan kos hidup apabila harga barang meningkat.Buanglah rasa ego kalian sebagai pemimpin .Bersatu dan kembalilah keasal dalam dasar-dasar yang diperjuangkan .Samada suka atau tidak pejuang-pejuang lama yang banyak jasa ini perlu dirujuk untuk mengembalikan kegemilangan Umno dan kesinambungan agenda bangsa, agama dan maruah ketuanan Melayu.Walau apa pun yang difikirkan tentang kekuasaan langsung tidak memberi makna kepada anak cucu kita kalau pemimpin masih bertelaga dan mementingkan diri sendiri.PM haruslah mengakui akan kelemahan yang dihadapi umno sekarang .Kekuatan sebenarnya masih ada pada Umno bukan pada Pas atau budak mentah yang baru masuk umno...sedarlah ..pemimpin umno.....harus bersatu dan mengakui kelemhan yang ada dan perbaiki dengan segera kerana mereka yang berpengalaman memang kaya dengan ide dan pasti kekusutan dapat dileraikan ......demi masa depan bangsa Malaysia yang kita cintai ini... Ingatlah kekuatan sebenar adalah ditangan umno ...Pergunakanlah kekuatan ini untuk menarik perhatian rakyat kepada umno...lakukan dgn segera sebelum terlambat...Wassallam......

4 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

betul u komen kuda ranggi tu... ada ke syed dikatakan pendatang... syed datang sebelum merdeka lagi dan kawin dengan melayu pulak. habis Tuanku Syed Putra raja Perlis... adakah pendatang.... lawak bodoh betul dia. batai kuda ranggi tu...

AloQStaQ said...

Salam perkenalan pertamakali saudara blogmaster Sutera Timur ...

Sebenarnya, kalau kita semua sedar perlunya pemimpin berjasa spt Tun untuk membawa parti kembali ke landasannya yang asal, kita para akar umbi wajib memberikan bantuan kepada Tun untuk berbuat demikian.

Ini kerana akar umbi sahaja yang dapat membantu Tun dalam hal ini.

Sedangkan peringkat tertinggi pimpinan parti ada yang suka kehadiran semula Tun, dan ada yang benci-sebencinya dengan kembalinya Tun dalam UMNO.

Mereka menganggap Tun ibarat parasit yang akan merosakkan PM yang mereka sayangi - (yang lembik dan lemah : supaya mereka senang bekerja dengan relax) -Walaupun bagi mereka, negara hancur pun tak apa, aku dah selesa dengan AbDolah ... Tidak seperti waktu zaman Tun jadi PM dulu, ketegasan Tun buat semua orang takut. Ada yang bekerja dengan tertekan & takut Tun Dr.M (waktu tu Datuk Seri Dr.M) marah dan tak puas hati! ... Hmmm , inilah bezanya sikap.

Dari alasan tersebut, sedaya upaya kita membantu Tun melawan AbDolah melalui kuasa akar umbi dalam parti, kita cuba lakukan. Demi mengembalikan UMNO ke landasan asalnya yang kini telah terpesong jauh akibat kelemahan AbDolah!


AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com

Sutera Timur said...

Saudara Otai,
Terima kasih kerana melawat blog saya ini.Salam perkenalandiucapkan
Sebenarnya kuda ranggi tak tahu
cerita hujung pangkal mengenai saudara ahmad ismail.mungkin dia tidak membaca surat sebenar AHMAD Ismail. kalau dia baca dulu surat A..ISMAIL SEBENARNYA TAK ADA APAPUN YG PERKAUMANNYA dalam intipati sebenar ucapan beliau setakat mengatakan kaum pendatg ,saya tak rasa itu isu perkauman .spt mana disebut immigrant contohnya diaustralia .Takkan chin a diaustralia hendak mengamuk,krn itu memang betul dan kontak yg ingin diperkatakan adalah pada zaman sebelum merdeka.Ini macam bidan terjun main komen ikut suka saja nak komen.lagipun saya rasa dia kurg tahu apa yang diistilahkan sebagai bumiputera.Saya cadgkan dia kaji balik sejarah tanah melayu.Nama tanah Melayu tu sendiri melambgkan bumi ini MELAYU YANG PUNYA DAN MEMANG DIAKUI OLEH DUNIA PADA MASA ITU TERUTAMA OLEH penjajah INGGERIS. Dulu dia belajar adkah dengan biasiswa sbg seorang bumiputra atau memang dia dah kaya?tidak memerlukan biasiswa kerajaan seperti kita semua ni.Kadgkala dia org ni bila dah kaya lupa daratan ,tak ingat dah bumiputra yg masih berada dlm keadaan daif dan yg berkeluarga besar dan memerlukan pembelaan drp org sepertinya yg telah senang.MEREKA INI masih diayun mimpi dan berfikir bahawa kalau kita tidak pertahankan hak kita keadaan ini akan kekal begini selamanya.Mereka masih tidak lihat apa yg dah berlaku kepada Palestin dan Singapura akibat kebaikan dan kelalaian warga palestin membenarkan yahudi untuk berkongsi negara akhirnya mereka sendiri tiada negara sehingga kini.Begitu jugalah apa yg dah jadi diSingapura akibat kebaikan Melayu menyerahkan pulau itu kpd PAP disana ...suara Melayu telah dilenyapkan terus dan hanya dijadikan sbg bahan sejarah sahaja.Apakah ini semua tidak menjadi contoh kepada org melayu untuk bersatu dlm mempertahankan hak mereka sebelum mereka terlambat.....Fikir-fikirkanlah...

Sutera Timur said...

Saudara Aloqstaq,
Terimakasih dan salam perkenalan kerana sudi melawat blog saya.Kalau ditinjau semasa zaman pra merdeka dulu suara-suara sumbg pasti ada dikalangan pejuang pejuang pasca zaman kemerdekaan dahulu.Begitulah juga sekarg .Ini memang tidak boleh lari dan memang kita kena hadapi,tapi jangan jadikan mereka ini sbg penyebab untuk kita tidak dapat menegakkan kebenaran.Spt kata bijak pandai kalau kita berjuang atas landasan yg benar dan jujur serta ikhlas lambat laun kebenaran akan muncul juga,tetapi jangan lupa berusaha dan bertawakkal atas kebenaran yg kita perjuangkan.Memang benar Tun MEMERLUKAN sokongan kita semua .Mungkin melalui blog ini kita dapat menyampaikan saranan yg membina dan membuka minda melayu demi penyatuan umat melayu keseluruhannya.Wassallam.....