Sunday, September 14, 2008

SEKEPING HATI YANG HILANG..............

Semasa saya melayari blog dgn tidak sengaja saya telah terbaca satu info yang sangat baik untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan blog yang lain untuk kita merenungkan semula bait-bait ucapan pemimpin -pemimpin terdahulu untuk kita jadikan rujukan dalam kekalutan isu perkauman yang sangat menghiris hati ini..... saya sangat kagum dengan kerendahan dan kemuliaan hati kedua-dua pemimpin ini daripada MCA dan MIC ini.............



Oleh: Keris Terbang



Kita rindukan warganegara seperti mereka ini. Walau di mana mereka berada, walau ke mana mereka pergi, mereka tidak pernah lupa sejarah kewujudan mereka di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu menghormati mereka kerana mereka tahu untuk menghormati. Hormat yang mereka berikan, penghormatan juga yang mereka terima.
Dalam dunia yang semakin maju dan moden, pendirian dan sikap yang mulia ini telah mula terhakis dari kalangan sebahagian besar warganegaranya. Bukan kerana mereka itu mahu berubah sikap tetapi mereka sebenarnya telah diracuni. Cuma apa yang dikesalkan, mereka yang mempunyai kuasa untuk mencegah tidak segera dan tegas untuk berbuat sesuatu. Lebih mementingkan kedudukan sendiri dari memikirkan kedudukan agama, bangsa dan negara.
Peribahasa Melayu mengatakan “air yang tenang jangan disangka tiada buaya”. Hari ini kita perlu melihat dan membongkar bahawa “buaya memang suka tinggal di air yang tenang”.
Mari kita sorot kembali apa yang telah diutarakan oleh dua orang pemimpin Cina dan India satu ketika dahulu yang mana kemuliaan hati mereka ini sebahagian besarnya tidak lagi diwarisi oleh ’anak-anak’ dan ’cucu-cucu’ mereka hari ini.






Tun Tan Siew Sin( 1916 - 1988 )




Presiden MCA merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tun Tan Siew Sin, telah dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics On Special Previleges” pada 30 April 1969 sebagai berkata:


“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”



Terjemahan :



Orang Melayu menerusi UMNO bermurah-hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.


(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39).



Tun V. T. Sambanthan( 1919 - 1979 )



Manakala Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos Dan Telekom, Tun V. T. Sambanthan pula pernah memberikan ucapan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 yang berbunyi :


“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens…
As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”



Terjemahan :



Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, seterusnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudiannya. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh isu perkauman? Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang telah mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?


Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak diterima di Ceylon dan juga Burma. Dan lihat pula kepada saudara kita kaum Cina. Mereka juga tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar. Manakala di Ceylon pula, mereka tidak diberikan taraf warganegara, sama seperti di Burma
. Saya tahu dan anda juga tahu tetapi apa pula yang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.


(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60).




Alangkah bagusnya kalau semua warga Malaysia dapat membaca dan memahami apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin ini supaya mereka sentiasa ingat dengan kemurahan hati pemimpin dan orang Melayulah membolehkan mereka ( China dan India ) mencari rezeki tanpa gangguan dan mengumpul kekayaan sebanyak mungkin.Cuma apa yang Bumiputra /melayu harapkan hormatilah hak-hak Bumiputra seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dan telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.