Sunday, July 27, 2008

Cetusan komen mengenai isu kereta nasional Proton Perdana....

Hai saudara sukj,

Saya juga adalah salah seorg pengguna kereta Proton Perdana dan waja 1.8.Memang betul seperti tuan tuan perkatakan ,melalui penggunaan kedua-dua kereta ini memang saya rugi .Proton Perdana pernah rosak gear boxnya,untk di baikki lebih RM 6000 saya perlu keluarkan.Atas semangat patriotik saya masih menggunakan Waja setelah Perdana dijual.Masalah yang sama juga berlaku.Tapi saya tidak pernah menyalahkan Tun atas inisiatifnya mengujudkan kereta nasional.Berapa org yg sanggup mencetuskn ide seperti ini di dunia ini. Patutnya kita berbangga dengan ide ini kerana telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada be ratus ribu org dalam mencari rezeki atas cetusan ide murni ini untuk menanggung keluarga mereka. Permasalahan mengenai isu ini (kerosakan kereta )bukan hanya dialami oleh proton sahaja ,malah juga jenis kereta-kereta yg lain didunia ini.Sepatutnya permasaalahan ini harus diambil perhatian oleh pihak pengurusan atasan proton. Ikutlah contoh syarikat Toyota yg telah berjaya kini ,sebelumnya masalahnya sama juga dengan proton sebelum ini.Atas inisiatif dan usaha yang berterusan serta mendapatkan 'feedback 'drp pelggan dan kritikan mereka ianya diperbaiki tanpa jemu.Kritikan adalah sangat baik untuk memperbaikki kelemahan kita.Pihak atasan tidak sepatutnya berkecil hati kerana pengguna adalah 'RAJA' dalam pasaran. Setelah apa yg telah Tun cetuskan dalam projek kereta ini takkan lah beliau juga yg harus mencari jalan untuk memperbaikki dan membetulkan semua keadaan kerosakan yg berlaku. Patutnya pihak R and D PROTONLAH lah yg HARUS cari jalan untuk upgradkan sistem injin proton dr semasa kesemasa. Kita tahu persaingan dalam pasaran kereta sangat hebat ,proton juga harus cari jln supaya harga kereta proton dapat diturunkan atau dikurgkan supaya setiap rakyat malysia dapat menggunakanya sekurg-kurg sebuah untuk satu keluarga.Takkan itu pun Tun perlu beritahu.Come on you guy ...dont only know to blame Tun....fikir-fikirlah...sikit..bukankah itu dah jadi satu jenama bg Malaysia ...tolonglah bagi support sptmana rakyat Korea dan Japan support barangan keluaran negara mereka...Pihak pengurusan Proton sepatutnya beri perhatian dgn bersungguh-sungguh dalam membina satu jenama negara yg unggul di pasaran antarabgsa.Sebenarnya memang boleh ,cuma kesungguhan saja yg diperlukan dr semua pihak dan bukan dgn hanya tahu menuding jari......krn kalau setakat menuding jari nanti tak de satu pun keyakinan dapat diwujudkan dalam merealisasikan sesuatu ide....itu......Nak bina sesuatu produk bukan mudah,tetapi kalau nak hapuskan seng sangat....dan tak perlu fikirkan apa-apa......

26/7/08 03:28

Saturday, July 19, 2008

Mungkin kita perlukan kata-kata motivasi demi anjakan paragdima dalam meneruskan hari-hari yang mendatang ini.........

Tik...tok....tik ...tok...tik...tok.....masa terus berlalu .Tanpa menoleh kebelakang.....Apa yang dah berlalu ...biarlah berlalu.Itu ..semua dah jadi sejarah.Apa yang bakal mendatang adalah sebuah ...harapan....yang harus diperhitungkan....masa depannya.Jangan diratap apa yang dah berlalu, tak kan boleh dipusingkan semula.Kita kena optimis dengan apa yang bakal mendatang.Ingat dalam mengharungi kehidupan hari ini kita harus sentiasa berfikiran positif,supaya akal kita dapat berfikir secara rasional.Tenangkan pemikiran dan percayalah ini adalah realiti hidup hari ini.Apa yang dah berlaku itu adalah perbandingan antara yang buruk dengan yang baik ,untuk dijadikan iktibar pada masa depan.Rahsianya hanya ALLAH yang mengetahui setiap kejadian yang dikehendaki. Cuba saudara semua renungkan hakikat hidup ini,jatuh bangun,maju mundur,kaya miskin,semuanya berpasang-pasangan.Realitinya begitulah.Cuma kita manusia harus melihat keadaan ini dengan jujur.Apakah kita hanya ingin berpeluk tubuh membiarkan keadaan ini menghambat kehidupan kita tanpa melakukan sesuatu.Mungkin saudara tertanya-tanya apakah yang boleh saudara sekalian lakukan dalam keadaan inflasi hari ini ?Betul sara hidup menjadi bertambah,nilai wang tidak bertambah.Memang sedih ...tapi itu realitinya kini.Saudara sekalian pernahkah saudara mendengar perkataan POTENSI DIRI....kerana setiap manusia mempunyainya.Antara menyedari dengan tidak adalah permasaalahanya.Usaha yang gigih dan peluang adalah laluannya.Berilah suatu peluang pada diri anda untuk membuat sesuatu yang boleh memberi menafaat dari segi kewangan untuk keluarga anda. Mana lah tahu ini mungkin permulaan untuk saudara berjaya dalam usaha itu.Mungkin saudara boleh berniaga,atau belajar sesuatu kemahiran kemudian dimajukan...atau diusahakan ...dengan bersungguh sungguh.Sekarang semuanya mahal.Kadngkala rasa macam tak masuk akal.Kuih berharga sehingga seringgit berbanding dua tiga puluh sen sahaja.Anda atau kita KENA TUKAR NILAI DIRI ANDA SEBAGAI PEMBEKAL DAN BUKAN PENGGUNA untuk menikmati faedahnya sekarang. Apamacam setuju tak?Tapi anda kena ingat kejayaan bergantung kepada inisiatif atau usaha yanga berterusan tanpa rasa jemu,kecewa, putus asa dan puas.CapaIlah ia walau sesukar mana,kerana laluan yang terbatas,rintangan,halangan dan dugaan adalah lumrah kehidupan untuk menuju kemercu tanda.Anggaplah ia sebagai satu anjakan paradigma dalam kita berjuang ,kerana itu semua akan membawa satu kemanisan yang berterusan yang dinamakan 'KEJAYAAN' untuk selamanya.Ingat !!! apa yang dilalui itu adalah suatu nilai yang sangat tinggi untuk diturunkan kepada jenerasi muda sebagai panduan dalam meniti kehidupan yang mendatang ini yang penuh dengan onak dan duri.Itulah erti sebuah KEJAYAAN dalam kehidupan. Manis dan pahit,kalah menang,silih berganti membawa satu' message' atau isyarat yang jelas siapa berani mengharunginya dengan tabah dan sabar ,habuan yang menantinya bukan sedikit. ORANG TUA TUA PERNAH MENGUNGKAPKANNYA begini ,'KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MASAKAN DAPAT SAGUNYA'.Fikir-fikirkanlah untuk dijadikan ransangan dalam kehidupan yang semakin kalut ini....Wassallam...

Wednesday, July 2, 2008

Kehidupan harian yg harus di teruskan walau bagaimana susah pun kita rasakan .Wahai anakbangsa Malaysia ,Walaupun hidup kini makin sukar dan terbeban ,tapi suka tidak suka kita kena hadapi dan teruskan demi survival sebuah kehidupan .Bersabarlah wahai bangsaku. Saya percaya dihujung jalan pasti ada cahaya petunjuk jalan .Cuma kita perlu banyak bersabar dlm menghadapi keadaan ekonomi dan kehidupan kita.Saya percaya Allah sentiasa bersama dgn org yg sabar menerima ujiannya.Jangan berputus mudah berputus asa. Ingat zaman datuk nenek moyang kita dulu juga pernah mengalami suasana seperti ini pada masa lalu .Cuma suasana ketika itu mungkin berlainan.Zaman itu mereka berjuang untuk kemerdekaan negara, tapi kita kini berjuang untuk survival atas sebuah kehidupan dan politik bangsa.Tetapkan tekad kita harung semampu yg boleh.Pada bgsaku yang masih menuntut ilmu teruskan usahamu.Kalian boleh ambil tahu senario ekonomi dan politik tetapi jangan sesekali abaikan pelajaran.Teruskan menuntut ilmu untuk sekurg-kurgnya kalian boleh berdikari dan mengurgkan jurg ekonomi antara kaum di Malaysia nanti . Pada masa depan kehidupan tidak semudah semalam oleh itu tanamkan azam utk berjaya dgn cemerlg demi sebuah kehidupan akan datg.Kita mesti bekerja keras kerana nilai ringgit hari ini tidak sama lagi dgn semalam.Kekuatan usaha yg bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.Pada adik-adik yg masih tak tahu halatuju yg hendak dibawa ikuti program-program kemahiran yg disediakan sekarg.Ilmu adalah penyuluh kepada sebuah kehidupan.Faedahnya sangat besar pada masa sekarg dan dimasa depan.Masa itu MAS jadi janganlah di siasiakan.Untuk jadi org berjaya tiada jalan pintas.Onak dan duri mesti dilalui barulah kita dapat menilai erti kenikmatan sebuah kejayaan. Mungkin pemimpin cerdek pandai kita terdahulu hanya menjadi pemudah cara untuk kita mengharungi laluan yg kita pilih tetapi sesuatu kejayaan kita yg kena berusaha untuk mencapai dan menentukannya. Tiada siapa yg akan mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Renungkanlah.Wassallam.