Saturday, November 29, 2008

Hari ini hujan turun berterusan tanpa henti seolah membawa berita pilu lagi menyedihkan atas pemergian seorg pemimpin iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59 tahun.Beliau telah meninggal dunia, setelah terjatuh pada ketika bermain badminton dengan rakannya, Azmi Ariffin, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Beliau adalah contoh org yg benar-benar berjuang mementingkan rakyat drp kedudukan diri atau jawatan.Beliau merupakan contoh seorang pemimpin yg bekerja semata atas dasar perjuangan tanpa ada kepentingan jawatan diBahagiannya. Beliau juga tidak mahu bertanding kalau wang menjadi taruhannya .Beliau melambgkan seorg yg mempunyai jiwa kental yg hanya ingin meneruskan perjuangan nya wlp tidak memegang jawatan dibhgnya kerana mungkin tidak mahu terlibat dgn politik wang, malah tak kesah tiada jawatan dibahagian dan tidak juga bertanding sbg MT DI DALAM KEKALUTAN PEMIMPIN berebut jawatan di Majlis Tertinggi umno tetapi orang-orang seperti ini lebih disayangi Allah dan .........semuga rohnya dirahmati Allah dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.......Amin....

Petikan sajak ini saya ambil drp blog Mokhtar Petah sebagai mengenang jasa dan perjuangan terutama dalam alam pendidikan Tanah Air kita.......pada saudara Mokhtar izinkan saya menyiarkan sajak saudara untuk mengenang jasa dan bakti datuk Razali......untuk tatapan blogger sekalian..........





Sajak

PEJUANG TERBILANG

Bumi ini basah dik air mata melimpah,
tangis ratap para guru dan pelajar,
Raung mereka ke langit zaman,"
...kami hilang pejuang,"pada tika berita nafasmu diangkat Tuhan.
Pernah kau madahkan kepadaku,
di lobi Parlimen negara kita;"Melayu akan hilang arah,
tenggelam dalam sejarah,
jika bahasa dagang didaulatkan."
"Jerman, Indonesia dan negara mana,maju, bangsa besar,
tanpa guna bahasa dagang,daulatkan bahasa sendiri dalam segala bidang.
"Katamu," ...penulis guru saya,mereka mengajar saya,menjadi manusia Melayu,cinta bangsa sendiri,murni budi dan kemanusiaan sejati.
"Pergilah wahai pejuang,kami menyayangimu,tapi terkapai bawah sayang Tuhan,Syurga Jannatun Naim menantimu;di sana
' Dan (teman) bermata bulat jelita,Bagaikan mutiara yang tersimpan baik.
'Di antara pokok teratai tidak berduri,
Dan pohon pisang yang (buah) bersusun-susun,air memancut,buah - buahan (lazat) yang banyak (Wal Waqia'ah).Genting Highland ......................................Mokhtar Petah
Posted by . at 2:11 PM


Oleh:

Mokhtar Petah


Semuga perjuangan dan bakti yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali bakal menjadi contoh dan titik tolak ahli UMNO menolak politik wang atau melawan politik wang.Segalanya bergantung kepada diri sendiri.....tanya pada hati .....kalau kita mahu menghalangnya memang boleh......di halang......pikir-pikirlah sendiri.......wahai ahli Umno apa yg kalian mahukan dalam perjuangan ini.....demi kesinambungan Umno tulin.....yang kita harapkan.......bukan Umno Plastik atau palsu.......tolonglah kembalikan UMNO TULIN ........