Saturday, November 29, 2008

Hari ini hujan turun berterusan tanpa henti seolah membawa berita pilu lagi menyedihkan atas pemergian seorg pemimpin iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59 tahun.Beliau telah meninggal dunia, setelah terjatuh pada ketika bermain badminton dengan rakannya, Azmi Ariffin, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Beliau adalah contoh org yg benar-benar berjuang mementingkan rakyat drp kedudukan diri atau jawatan.Beliau merupakan contoh seorang pemimpin yg bekerja semata atas dasar perjuangan tanpa ada kepentingan jawatan diBahagiannya. Beliau juga tidak mahu bertanding kalau wang menjadi taruhannya .Beliau melambgkan seorg yg mempunyai jiwa kental yg hanya ingin meneruskan perjuangan nya wlp tidak memegang jawatan dibhgnya kerana mungkin tidak mahu terlibat dgn politik wang, malah tak kesah tiada jawatan dibahagian dan tidak juga bertanding sbg MT DI DALAM KEKALUTAN PEMIMPIN berebut jawatan di Majlis Tertinggi umno tetapi orang-orang seperti ini lebih disayangi Allah dan .........semuga rohnya dirahmati Allah dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.......Amin....

Petikan sajak ini saya ambil drp blog Mokhtar Petah sebagai mengenang jasa dan perjuangan terutama dalam alam pendidikan Tanah Air kita.......pada saudara Mokhtar izinkan saya menyiarkan sajak saudara untuk mengenang jasa dan bakti datuk Razali......untuk tatapan blogger sekalian..........





Sajak

PEJUANG TERBILANG

Bumi ini basah dik air mata melimpah,
tangis ratap para guru dan pelajar,
Raung mereka ke langit zaman,"
...kami hilang pejuang,"pada tika berita nafasmu diangkat Tuhan.
Pernah kau madahkan kepadaku,
di lobi Parlimen negara kita;"Melayu akan hilang arah,
tenggelam dalam sejarah,
jika bahasa dagang didaulatkan."
"Jerman, Indonesia dan negara mana,maju, bangsa besar,
tanpa guna bahasa dagang,daulatkan bahasa sendiri dalam segala bidang.
"Katamu," ...penulis guru saya,mereka mengajar saya,menjadi manusia Melayu,cinta bangsa sendiri,murni budi dan kemanusiaan sejati.
"Pergilah wahai pejuang,kami menyayangimu,tapi terkapai bawah sayang Tuhan,Syurga Jannatun Naim menantimu;di sana
' Dan (teman) bermata bulat jelita,Bagaikan mutiara yang tersimpan baik.
'Di antara pokok teratai tidak berduri,
Dan pohon pisang yang (buah) bersusun-susun,air memancut,buah - buahan (lazat) yang banyak (Wal Waqia'ah).Genting Highland ......................................Mokhtar Petah
Posted by . at 2:11 PM


Oleh:

Mokhtar Petah


Semuga perjuangan dan bakti yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali bakal menjadi contoh dan titik tolak ahli UMNO menolak politik wang atau melawan politik wang.Segalanya bergantung kepada diri sendiri.....tanya pada hati .....kalau kita mahu menghalangnya memang boleh......di halang......pikir-pikirlah sendiri.......wahai ahli Umno apa yg kalian mahukan dalam perjuangan ini.....demi kesinambungan Umno tulin.....yang kita harapkan.......bukan Umno Plastik atau palsu.......tolonglah kembalikan UMNO TULIN ........

3 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

sutera timur... betul umno tak berdosa kerana yang gila adalah ahlinya yang mabuk wang, kuasa dan wanita.

macam islam juga. kalau orang islam yang gila maka adakah islam yang kita nak hapuskan?

begitu juga umno. sebab pisau dan peluru bedil tak berdosa... yg buat dosa adalah anak adam. adam dan hawa yg makan buah khuldi dalam syurga kerana termakan hasutan syaitan bin iblis. lalu kita semua sekarang ada di dunia. kalau tak kita dalam syurga semuanya... tak ada umno,pas, pkr dll.

salam puisi kerana lama tak jumpa di internet

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dalam juga politik matang adinda ni...

teruskan memblog sebelum diblok oleh si dayus yang takutkan kebebasan, keadilan dan kebenaran.... sifat ni sifat allah...bukan sifat anuar atau nik aziz

pirah lah said...

...salam perkenalan sama...
sedara Sutera Timur silap...sekiranya saya sertakan nombor ahli umno saya..tentu sedara terkejut.

saya umno tulen, dan dilahirkan dalam keluarga umno, tak pernah saya ampu pembangkang.

Di blog saya adalah kesedaran saya selama mana saya terjerumus dalam kehinaan umno yang telah meyesatkan ramai manusia.

Bukan mudah ahli umno mahu berubah jika tidak disertakan dengan doa dan dibuka pintu hati oleh Allah swt...

Saudara tak perlu terangkan apa itu umno kerana saya masak dgn umno dan memang bekas ketua pemuda umno.

Cuma apa yang boleh saya katakan saya masih umno dan tidak pernah mendaftar dgn mana2 parti PR...tapi utk masa mendatang hanya Allah sahaja yang tahu.

Jika saudara kata umno lebih baik dari PR...saudara silap, kerana dalam PR ada Pas yang memperjuangkan Islam. Apa guna menengakkan parti yang terang2 memesongkan aqidah ahlinya seperti umno? Di mana wadah umno dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini? Ada! Mungkin ada, tetapi tidak bererti selagi maksiat didokong sepenuhnya.

Selagi saudara bersifat Islam...berterus teranglah...dalam umno tiada Islam syumul...hanya ada kerangka dosa dan kemaksiatan yang tiada berpenghujung.

...Saya bertekad, kalau Allah mahu mencabut nyawa saya sekalipun biarlah saya sempat bertaubat selama berada dalam umno dan dimatikan dalam jamaah Pas.,,Insyaallah!!

Syabas..sedara! Kalau rasa umno pilihan tepat ..teruskanlah..