Monday, April 6, 2009

PEMANDANGAN YANG MENTENTERAMKAN JIWA ADALAH SATU ANUGERAH TUHAN PADA UMATNYA.........YANG TAHU MENILAI ERTI ....KEHIDUPAN......

Telah lama saya tidak mengemaskinikan laman blog saya ini. Banyak sangat urusan sehingga mindaterasa jem segala-galanya.Dalam mencari ketenangan ingin rasanya melihat pemandangan yang boleh mendamaikan perasaan yang berserabut dan memulihkan ketenangan fikiran.Kadangkala kita kena berusaha mencari apa yang kita rasa dapat memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa.Banyak yang boleh kita lakukan demi memulihkan atau memberi motivasi dalam kehidupan ini.

Biasanya saya akan mengulas mengenai politik tanah air kita yang agak panas. Tapi kali ini saya ingin memperkatakan mengenai kedamaian kerana walau apa pun yang kita lakukan satu kita rakyat Malaysia harus ingat iaitu kedamaian dalam kehidupan kita untuk selamanya.Tanpa kedamaian dan ketenangan apalah erti hidup ini........Lihatlah anugerah tuhan ini...percuma saja ......


SENJA HADIR UNTUK MENGAMBIL SHIF MATAHARI SEMENTARA MENUNGGU MALAM.......

DAN MENANTI KEHADIRAN BULAN......BEGITULAH KEHIDUPAN INI .SILIH BERGANTI......TIADA....TITIK NOKTAH............

Reflection by Rush <span class=


Kedamaian ditepian pantai......





PEMANDANGAN MENAKJUBKAN DIGOLF RESORT THAILAND.......TAK KESANA TENGOK GAMBARPUN DAH CUKUP......





P


PEMANDANGAN DI GOLF RESORT DI THAILAND


) Special Phuket Golf Package (12D/11N)

http://www.golfasian.com/golfasian/images/golf_green/large_74.jpg




Dari Tee ke Green... Nirwana Golf Asia

Sebagai pusat pariwisata, tak mengherankan bila Thailand juga memiliki lapangan golf terbaik di Asia. Selain di Bangkok, berbagai resor tepi laut di Pattaya, Hua Hin dan Phuket juga memiliki lapangan yang pantas Anda coba.

.

- Bangkok Golf Club

- Pinehurst Golf & Country Club


Hari 1: Berfotolah dahulu di Grand Palace, lalu segera menuju Green Valley Country Club untuk santap siang dan bermain kala siang di lapangan karya Robert Trent Jones Jr. Malamnya, Anda dapat berbelanja sambil mencuci mata.

Hari 2: Menuju utara ke Bang Pa-in, menguji Bangsai Country Club, yang dibangun seperti jalur ala Skotlandia. Setelah puas, santap malam di restoran dengan pertunjukan klasik Thai.

SEJUK RASA MATA NI DAPAT MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SEPERTI INI........

APA PENDAPAT RAKAN BLOG SEMUA......

KALI INI BIAR KITA LARI DARIPADA TOPIK BIASA.........












Sunday, February 15, 2009

Keruntuhan Kerajaan PR DI PERAK

Saudara blogger sekalian,

Artikel yang sangat menarik dan perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia...diambil drp laman blog Melayu Sepang bertajuk kenapa kerajaan PR PERAK TUMBANG.......SUPAYA RAKYAT MENGETAHUI kenapa bila demo hanya ada org-org PAS sahaja manakala DAPawal-awal lagi dah tak mahu campur ....atau sembunyi tangan.... jelas kesombongan dan kebongkakan ...SI NGEH...DAN ...SI..NGA......MENYEBABKAN EXCO KERAJAAN PR BOSAN LALU LOMPAT PAGAR.....



MELAYU SEPANG


Melayu Hak mu sedang dibicara.Islam menjadi taruhan Sang durjana.
07 Februari 2009

Owh....padanlaaa PR Perak tumbang.
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja. Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini. Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti : - Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ? - U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer) Dsb.... - Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi... - U better learn how to walk first ? Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka.Kalau raja dahulu kala memberi dekri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sejurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan. Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini. Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka.Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni... Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu.... P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...Komen ModIni adalah satu artikel yg diperolehi dari Tranungkite online yg dikirim oleh seorang yg menggunakan nickname Phyxius. Mungkin ini cerita sebenar yang berlaku dalam mesyuarat exco kerajaan negeri perak dibawah PR.Mungkin inilah sebabnya Timbalan speaker DAP pun berpaling tadah.Begitu juga dengan Yb Jamaludin dan Yb Osman.Kalau ini sebabnya maka logiklah mereka keluar dari pakatan rakyat.Tapi bekas Mb Nizar, demi mempertahankan kedudukan dan kemewahan sanggup untuk memperhambakan diri mempertahankan kedudukannya.Kalau betul ini yang berlaku betapa hinanya nizar ini bagai lembu dicucuk hidung oleh dua bersaudara ini.Tetapi pada masa yang sama menuduh YB Jamal dan Yb Osman termakan sogokan dari BN berjuta2 ringgit.Cuba kita renungkan betapa hinanya tindakan nizar ini sekiranya perkara ini benar2 terjadi.Sehinggakan membawa kecelakaan dipihak baginda Sultan Perak.Kalau betul wang yang jadi perkiraan YB2 yang melompat saya kira dengan jawatan mereka yang ada, banyak peluang yang boleh diperolehi dengan jawatan tertinggi negeri yang sudah mereka sandang.Tapi mereka memilih untuk keluar dari pakatan dan sudah pasti momentum sebenar tindakan mereka adalah dari kejadian yang diceritakan diatas.Sayangnya cerita ini tidak tersebar ke khalayak ramai.Harapan saya adalah supaya cerita ini dapat tersebar untuk kita lebih memahami politiking sebenar di Perak yang membawa kepada keruntuhan empayar PR di Perak.Kalau ramai maklum situasi sebenar ini saya percaya kejadian rusuhan dan penderhakaan terhadap sultan seperti yang berlaku hari ini dapat dielakkan.
Posted by MELAYUSEPANG at 04:25

8 comments:

Friday, February 13, 2009

Nampaknya suasana politik tanah air semakin hari semakain panas ...ditambah pula dgn cuaca semasa yg memang dah cukup panas sekarg ini....kelihatan suara-suara kerajaan dan pembgkg bercampur aduk sekali ingin mempertahankan kebenaran masing-masing......rakyat juga yg tak keruan....dgn suasana ekonomi yg tidak menyenangkan dan pelbagai lagi permasalahan rakyat yg kelihatan diabaikan dik kerana seronoknya bertelagah seakan tiada kesudahannya......

Apakah sebenarnya matlamat pilihan raya........adakah setelah meng kita boleh kecek mengecek jatuh menjatuh dgn sesuka hati....sepatutnya setelah menang bekerjalah untuk memenuhi impian rakyat dan bukan menyusun strategy untuk kepentingan pribadi tak kiralah pihak pembgkg atau kerajaan. Rakyat harus menjadi agenda utama dalam merealisasikan apa yg telah diterjemahkan dalam pilihanraya.Jangan menjadi seperti Pak KADUK yang meng bersorak ..tetapi ....kampung dah tergadai......MELAYU TETAP MELAYU walau dlm bentuk apa sekali pun kamu...hijau ...biru ...gelap atau biru laut samada dlm bentuk dacing ,bulan penuh,atau bulan sabit....ianya tetap satu....janganlah kamu berpecah......bersatu demi kesinambugan bangsa ...jangan kamu mudah diperguna dan diperkudakan oleh bangsa asing....terutama oleh pengkhianat bgsa......bukalah minda dan lihatlah dgn mata hati .......

Kalau kita asyik berperg atau bertelagah siapa kita nak harapkan menjadi panduan dalam membela nasib kita ..... ditakdirlah kita ni pula hilg raja akibat saman pengkhianat bangsa pada siapa pula kita nak bergantung......pada ketika itu dimana kah kita agaknya org melayu ....MAKA akan berdiri sama tinggi ke kita dgn bangsa China dan India.????????......belum terjadi semuanya samar-samar.....bila dah terjadi takut ianya dah terlambat.....untuk kita bertindak.....Melayu adalah pembela bgsa Malaysia....tegak Melayu terselamatlah bangsa lain tetapi andai rebah Melayu maka tika itu kedamaian akan hilg ....kejayaan yg telah kita perolehi dgn titik peluh hasil perjuangan pejuang-pejuang bangsa kemerdekaaan seakan menjadi sia-sia...apakah ini yg dikehendaki oleh kita semua..... KIta tidak boleh terus memejam mata melihat sandiwara ini berlarutan....Agenda malaysia mesti diteruskan demi kemjuan rakyatnya dan bukan berkungfu atau bersilat tanpa matlamat .........atau terus nak toleh kebelakg pulak...
Malaysia sebuah negara berdaulat memberi peluang kepada kita semua untuk hidup bersatu dgn berlandaskan asas-asas Rukun Negara...... KITA jangan lupa daratan dan kembalilah kepangkuan ibunda dgn ...mengingati...asas asas kedamaian yg selama ini kita kecapi......

1) Kepercayaan kepada Tuhan

2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3) Keluhuran Perlembagaan

4) Kedaulatan Undang-undang

5) Kesopanan dan Kesusilaan



Berbaliklah kita pada asas-asas kehidupan yg telah memberi penghidupan yg terbaik pd kita selama ini.........dibumi bertuah ini..........Janganlah kita tunggang terbalikkan negara ini hanya kerana berdasarkan nafsu dan tamak kuasa.......

Kenapa semasa dilantik menjadi MB walaupun drp golongan manoriti (Pas) senyum hingga telinga dan ternampak setianya dgn SULTAN tetapi bila dilantik dari golongan majoriti setelah ( (umno) mendapat majoriti( 3 ahli Pas jadi bebas) tidak sah pula lantikan MB.....BOLEH PULA MACAM TU.....ke dei........
Ini demokrasi apa ni....Parti Rakyat dah bawa......demokrasi songsang ke.....Malaysia ....sebagai rakyat kita harus berhati-hati dgn virus yg paling bahaya yg telah mereka sebarkan.......awas nyamuk-nyamuk ........ini yg bakal menyesatkan rakyat kita.....halang mereka drp membawa...penyakit -penyakit ini ......hapuskan segera dgn kesedaran yang tinggi drp kita semua.......