Tik...tok....tik ...tok...tik...tok.....masa terus berlalu .Tanpa menoleh kebelakang.....Apa yang dah berlalu ...biarlah berlalu.Itu ..semua dah jadi sejarah.Apa yang bakal mendatang adalah sebuah ...harapan....yang harus diperhitungkan....masa depannya.Jangan diratap apa yang dah berlalu, tak kan boleh dipusingkan semula.Kita kena optimis dengan apa yang bakal mendatang.Ingat dalam mengharungi kehidupan hari ini kita harus sentiasa berfikiran positif,supaya akal kita dapat berfikir secara rasional.Tenangkan pemikiran dan percayalah ini adalah realiti hidup hari ini.Apa yang dah berlaku itu adalah perbandingan antara yang buruk dengan yang baik ,untuk dijadikan iktibar pada masa depan.Rahsianya hanya ALLAH yang mengetahui setiap kejadian yang dikehendaki. Cuba saudara semua renungkan hakikat hidup ini,jatuh bangun,maju mundur,kaya miskin,semuanya berpasang-pasangan.Realitinya begitulah.Cuma kita manusia harus melihat keadaan ini dengan jujur.Apakah kita hanya ingin berpeluk tubuh membiarkan keadaan ini menghambat kehidupan kita tanpa melakukan sesuatu.Mungkin saudara tertanya-tanya apakah yang boleh saudara sekalian lakukan dalam keadaan inflasi hari ini ?Betul sara hidup menjadi bertambah,nilai wang tidak bertambah.Memang sedih ...tapi itu realitinya kini.Saudara sekalian pernahkah saudara mendengar perkataan POTENSI DIRI....kerana setiap manusia mempunyainya.Antara menyedari dengan tidak adalah permasaalahanya.Usaha yang gigih dan peluang adalah laluannya.Berilah suatu peluang pada diri anda untuk membuat sesuatu yang boleh memberi menafaat dari segi kewangan untuk keluarga anda. Mana lah tahu ini mungkin permulaan untuk saudara berjaya dalam usaha itu.Mungkin saudara boleh berniaga,atau belajar sesuatu kemahiran kemudian dimajukan...atau diusahakan ...dengan bersungguh sungguh.Sekarang semuanya mahal.Kadngkala rasa macam tak masuk akal.Kuih berharga sehingga seringgit berbanding dua tiga puluh sen sahaja.Anda atau kita KENA TUKAR NILAI DIRI ANDA SEBAGAI PEMBEKAL DAN BUKAN PENGGUNA untuk menikmati faedahnya sekarang. Apamacam setuju tak?Tapi anda kena ingat kejayaan bergantung kepada inisiatif atau usaha yanga berterusan tanpa rasa jemu,kecewa, putus asa dan puas.CapaIlah ia walau sesukar mana,kerana laluan yang terbatas,rintangan,halangan dan dugaan adalah lumrah kehidupan untuk menuju kemercu tanda.Anggaplah ia sebagai satu anjakan paradigma dalam kita berjuang ,kerana itu semua akan membawa satu kemanisan yang berterusan yang dinamakan 'KEJAYAAN' untuk selamanya.Ingat !!! apa yang dilalui itu adalah suatu nilai yang sangat tinggi untuk diturunkan kepada jenerasi muda sebagai panduan dalam meniti kehidupan yang mendatang ini yang penuh dengan onak dan duri.Itulah erti sebuah KEJAYAAN dalam kehidupan. Manis dan pahit,kalah menang,silih berganti membawa satu' message' atau isyarat yang jelas siapa berani mengharunginya dengan tabah dan sabar ,habuan yang menantinya bukan sedikit. ORANG TUA TUA PERNAH MENGUNGKAPKANNYA begini ,'KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MASAKAN DAPAT SAGUNYA'.Fikir-fikirkanlah untuk dijadikan ransangan dalam kehidupan yang semakin kalut ini....Wassallam...
Jadilah manusia yg tahu bersyukur atas nikmat tuhan melalui khalifahnya didunia ini.Cuba renung sejenak kalau bukan Tun yang memerintah Malaysia sebelum ini apakah nikmat spt apa yg dirasai kini akan kita nikmati agaknya.Kita ada akal dan disuruh berfikir,bandingkan dgn Indonesia dan Filipina apa perbezaan menjadi warga Malaysia dibawah Tun ?Anda tidak terasa bgga spt. warga Malaysia lain rasakan.Janganlah jadi munafik dalam menyatakan kebenaran.Bukan mudah utk membina negara ,beliau lebih tahu apa yg ter baik untk negara dan rakyat . Kita harus serahkan kpd kebijaksanaan nya.Saya rasa keselesaan kini belum tentu kita semua rasakan jika bukan Tun yg jadi PM pada masa itu.Lihat saja negara spt Ghana dan negara lain yg sama merdeka dgn kita masih mergkak-rgkak untuk mencapai kemajuan.Lihat dan bandingkan pula dgn sekarg apakah bentuk pemerintahan seperti ini yg anda mahukan kini? Lihatlah dgn mata hati supaya kita tidak menjadi org yg kufur nikmat.Wasallam...