Thursday, May 1, 2008

Laman blog TUN -www.chedet.com

Apa khabar saudara/saudari sekalian?Satu perkhabaran yang sangat menggembirakan saya pada hari ini kerana Tun Dr.Mahathir yang kita sanjungi telah pun mempunyai blognya sendiri. Syabas dan tahniah diucapkan.Saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia dapat memenafaatkan setiap pandangan dan idea beliau melalui blog itu nanti .Saya rasa ramai dikalangan rakyat Malaysia menanti-nantikan laman blog ini untuk sama-sama berkongsi ide dan pandangan beliau yang sangat kritis tetapi bernas.Ide beliau telah banyak membuka minda rakyat Malaysia tidak kira Melayu,China,India dan lainlainnya untuk mengerti nilai kemanusiaan sejagat dan nilai suatu perjuangan yang sebenar.Saya dapat merasai suatu perasaan kebangkitan dikalangan rakyat semasa berada dibawah pemerintahan beliau kerana beliau sangat bijaksana samada dalam berpolitik,membina negara ,mengukuhkan ekonomi negara dan dalam menjelmakan nilai jati diri rakyat malaysia.Setiap dasar dan hujahnya diyakini tanpa perlu berdolak dalik dan sangat jelas dan terang.Ingatlah bahawa kita hanya ada seorang sahaja Tun diMalaysia ini.Saya dapat rasakan ramai rakyat malaysia telah menjadikan beliau seorang idola yang patut dicontohi.Tetapi sangat menghairankan juga terdapat sesetengahnya merasakan beliau seolah-olah pengacau.Amat merugikan bangsa Malaysia pemimpin seperti Tun disisihkan begitu sahaja.Terutama bangsa Melayu.Apakah teguran yang baik tidak patut diterima atau dikaji kebenarannya hanya kerana beliau bukan pemerintah lagi.Saya rasa ramai rakyat Malaysia kini tercuit hatinya apabila Tun diperlakukan sedemikian .Apakah kita mahu menjadikan bangsa kita satu bangsa yang tidak tahu mengenang jasa .Tun bukan calang-calang orang tua.Tun telah membina negara ini,membuka minda rakyat daripada 'nobody ' kepada 'somebody' menunjukkan kepada dunia apa yang benar kerana banyak negara didunia yang takut untuk menyatakan kebenaran meyakinkan rakyat bahawa semua bangsa adalah sama darjatnya tidak kira Jepun, Negro , Inggeris dsbnya,yang membezakan adalah kerja kuat ,rajin berusaha dan tidak mengenal putus asa.Apakah itu semua tiada nilainya bagi kita.Janganlah kita seperti kacang lupakan kulit ,taksub dengan kuasa yang kita ada sehingga terlupa bahawa kuasa ditangan kita hanyalah pinjaman semata,sehingga terlupa kepada orang yang telah memberi kepercayaan kepada kita sebelumnya untuk berkuasa.Rakyat melihat dan boleh menilai segalanya.Mereka sudah tidak boleh diperbudakkan .Segala maklumat berada dihujung jari kini.

1 comment:

Noly said...

BOnda,
teruskan perjuangan mu untuk mewarnakan dunia blog dengan pendapat-pendapat mu.