Saturday, May 10, 2008

Mengurangkan Bebanan Inflasi cara Kita Sendiri

Nampaknya dari sehari kesehari harga barangan semakin meningkat.Hidup juga semakin sukar. Bebanan hidup pula semakin meningkat.Nilai mata wang semakin mengecil.Seorang rakan pernah bercerita tentang kesusahannya kepada saya. Beliau tergolong dalam golongan berpendapatan rendah atau kecil.Beliau mengeluh menceritakan keadaan hidupnya kini.Mereka adalah golongan yang susah .Suami bekerja sbg nelayan yang biasanya berbelanja dipasar-pasar malam sahaja untuk keluarganya.

Dulu kalau anak-anak diberi sepuluh ringgit macam-macam boleh dibeli.Tetapi kini nak beri lima ringgit pun belum tentu mampu.Itulah cerita rakyat yang susah.Mungkin mereka yang biasa berbelanja di London tidak dapat bayangkan bagaimana kesusahan rakyat ini.Bebanan inflasi semakin terasa kini.Apakah usaha kita untuk membendung inflasi ?Nampaknya kita harus mengambil inisiatif sendiri mengatasi masalah ini.Contohnya kita harus berjimat cermat berbelanja dan membeli hanya bila perlu dan ikut keutamaan keperluan kita.Marilah kita mulakan dengan bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan harian samada dibelakang atau dihalaman rumah. Cara ini mungkin dapat menjimatkan kos atau perbelanjaan harian kita.Lebih-lebih lagi bumi Malaysia ini adalah bumi bertuah campaklah apa saja pasti subur.Kita perlu gilap semula sifat kerajinan untuk bertanam semula .Ianya bukan saja menjimatkan tetapi juga memberi kesihatan yang baik pada tubuh apabila berpeluh.Kadangkala tindakan kita kena ambil secara drastik dan bijaksana demi memperjuangkan suatu kehidupan dalam usaha melawan inflasi.Walaubagaimanapun bersyukurlah kita kerana telah dijauhkan daripada bencana-bencana yang besar seperti ribut taufan, letupan gunung berapi,peperangan dsbnya. Tuhan masih mengurniakan kita akal yang waras untuk berfikir cara terbaik boleh kita mengurangkan tekanan akibat inflasi.Tak tahulah saya kalau bencana alam yang dahsyat ditimpakan kepada kita ,mungkin kita tidak sempat untuk menggunakan akal untuk berfikir cara mengatasinya sepertimana yang berlaku di Myanmar sekarang dengan kematian beratus-ratus puluh ribu rakyatnya secara sia-sia.Lebih menyiksakan apabila junta pemerintah kerajaannya pula telah mengenakan berbagai sekatan bantuan kemanusiaan terhadap negara itu dari bantuan luar negara.Sedih dalam suasana kesusahan seperti itu kerajaan masih ingin main politik dengan rakyatnya dalam penentuan antara hidup dan mati.

No comments: