Friday, May 2, 2008

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang tenang dan aman disamping berblog dan bertukar-tukar ide dan pandangan antara satu dengan yang lain .Bersyukur kerana kita bebas mengeluarkan ide sebelum ianya reput tanpa diketahui sesiapa.Itulah tujuan saya berbeblog.Sebagai rakyat Malaysia saya melihat bahawa Tun telah banyak melontarkan ide-ide yang sangat baik untuk kita jadikan panduan.Beliau merupakan seorang pencetus ide yang sangat dinamik.Oleh itu saya ingin mengajak warga Malaysia yang sedar tentang hal ini untuk sama-sama berganding bahu untuk kita mengkaji dan mengupas ide-ide yang baik dan bermutu ini untuk dijadikan sebagai pembakar semangat dalam mengharungi kehidupan kita seterusnya.Banyak lontaran lontaran ide yang bernas perlu kita fikir-fikirkan atau realisasikan terutama dalam masyarakat malaysia yang berbilang bangsa ini .Contohnya INTERNIT ATAU MAYA banyak manfaatnya yang boleh didapati daripadanya.Saya berharap terdapat orang-orang UMNO yang akan merintis penggunaanya secara maxima dan menurunkan ilmu ini kepada anak bangsa kita supaya mereka bukan hanya mengetahui apa itu computer malah lebih daripada itu .Kita telah banyak mendengar mengenai jutawan internit hasil penggunaan computer secara 'know-how' dalam penggunaan nya.Pejuang-pejuang bangsa bangkitlah untuk melatih anak-anak bangsa kita dalam penggunaan computer ini dengan cara yang betul dan berilmu.Rupa-rupanya penggunaan computer ini boleh mendatangkan sumber pendapatan jika kita tahu menggunakan teknologinya secara sistematik dan berhemah.Bukankah idola kita Tun telah bersusah payah untuk membawa teknologi ini dari luar negara ke Malaysia. Keajaiban penggunaannya telah dapat dirasai oleh Tun untuk kita dapat sama-sama menikmati kebaikannya.Bentuklah satu usaha dari umno tak kira dimana untuk mendapatkan ilmu ini agar rakyat yang walaupun duduk dikampung dapat menafaat daripada penggunaanya hanya dihujung jari.Atas semangat' Malaysia bolehlah' telah menyuntik semangat ramai rakyat malaysia untuk terus kehadapan menerima pelbagai cabaran yang kini dapat dirasakan bahawa jika kita terus berusaha tanpa jemu kejayaan pasti akan kita perolehi akhirnya.Kejayaan yang diperolehi atas usaha yang gigih amat besar nilai nya berbanding kejayaan yang diperolehi secara tidak berhemah dan bermaruah.

No comments: