Saturday, June 14, 2008

Ulasan drp blog 'PERISIK RAKYAT ' CHE DET YANG BERJASA

Jadilah manusia yg tahu bersyukur atas nikmat tuhan melalui khalifahnya didunia ini.Cuba renung sejenak kalau bukan Tun yang memerintah Malaysia sebelum ini apakah nikmat spt apa yg dirasai kini akan kita nikmati agaknya.Kita ada akal dan disuruh berfikir,bandingkan dgn Indonesia dan Filipina apa perbezaan menjadi warga Malaysia dibawah Tun ?Anda tidak terasa bgga spt. warga Malaysia lain rasakan.Janganlah jadi munafik dalam menyatakan kebenaran.Bukan mudah utk membina negara ,beliau lebih tahu apa yg ter baik untk negara dan rakyat . Kita harus serahkan kpd kebijaksanaan nya.Saya rasa keselesaan kini belum tentu kita semua rasakan jika bukan Tun yg jadi PM pada masa itu.Lihat saja negara spt Ghana dan negara lain yg sama merdeka dgn kita masih mergkak-rgkak untuk mencapai kemajuan.Lihat dan bandingkan pula dgn sekarg apakah bentuk pemerintahan seperti ini yg anda mahukan kini? Lihatlah dgn mata hati supaya kita tidak menjadi org yg kufur nikmat.Wasallam...


Friday, June 6, 2008

Rintihan rakyat dalam kemelut kenaikan harga barg dan minyak.

Lumrah ke bila harga minyak naik?Adil ke kenaikan sebanyak 78 sen itu?Gembirakah rakyat dgn kenaikan itu?Betulke kenaikan sehingga 78 sen yg belum pernah ada dalam sejarah lagi?Pada siapa soalan ini patut kita lemparkan .Siapakah pula yg sepatutnya menjawabnya?Berbagai pandangan ...berbagai rungutan berbagai reaksi....pd yg kaya raya tentu tiada masaalah,ttp bg golongan yg tidak berada dan miskin pasti tersepit, pasti derita,merana,meraung kedukaan mengengkan nasib.Apakah sudah tersurat begini nasib kita.Apakah tiada jalan iktiar drp bijakpandai pemimpin untk meringankan beban rakyat?atau rakyat kena akur dgn keadaan semasa yg dah ditakdirkan begini?Rupa-rupanya kebijaksanaan pemimpin amat penting dalam menentukan hala tuju negara dan ekonomi negara.Kemana Malaysia selepas ini? ?Apakah kita harus berdiam diri menerima hakikat hidup ini? Atau kita kini harus memikirkan kenderaan awam dan basikal atau motor untk kegunaan harian .Boikot harga minyak jangan beli biarkan ia berlapok dan berkulat .Kita kena berani ambil risiko .Pengguna kena ambil tindakan drastik,krn kesusahan kita sekarg tidak boleh mengharapkan sesiapa untk membantu.Semuanya hanya bercakap politik sahaja.Adakah anda sanggup bertindak demikian?Renung-renungkanlah.

Saturday, May 10, 2008

Mengurangkan Bebanan Inflasi cara Kita Sendiri

Nampaknya dari sehari kesehari harga barangan semakin meningkat.Hidup juga semakin sukar. Bebanan hidup pula semakin meningkat.Nilai mata wang semakin mengecil.Seorang rakan pernah bercerita tentang kesusahannya kepada saya. Beliau tergolong dalam golongan berpendapatan rendah atau kecil.Beliau mengeluh menceritakan keadaan hidupnya kini.Mereka adalah golongan yang susah .Suami bekerja sbg nelayan yang biasanya berbelanja dipasar-pasar malam sahaja untuk keluarganya.

Dulu kalau anak-anak diberi sepuluh ringgit macam-macam boleh dibeli.Tetapi kini nak beri lima ringgit pun belum tentu mampu.Itulah cerita rakyat yang susah.Mungkin mereka yang biasa berbelanja di London tidak dapat bayangkan bagaimana kesusahan rakyat ini.Bebanan inflasi semakin terasa kini.Apakah usaha kita untuk membendung inflasi ?Nampaknya kita harus mengambil inisiatif sendiri mengatasi masalah ini.Contohnya kita harus berjimat cermat berbelanja dan membeli hanya bila perlu dan ikut keutamaan keperluan kita.Marilah kita mulakan dengan bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan harian samada dibelakang atau dihalaman rumah. Cara ini mungkin dapat menjimatkan kos atau perbelanjaan harian kita.Lebih-lebih lagi bumi Malaysia ini adalah bumi bertuah campaklah apa saja pasti subur.Kita perlu gilap semula sifat kerajinan untuk bertanam semula .Ianya bukan saja menjimatkan tetapi juga memberi kesihatan yang baik pada tubuh apabila berpeluh.Kadangkala tindakan kita kena ambil secara drastik dan bijaksana demi memperjuangkan suatu kehidupan dalam usaha melawan inflasi.Walaubagaimanapun bersyukurlah kita kerana telah dijauhkan daripada bencana-bencana yang besar seperti ribut taufan, letupan gunung berapi,peperangan dsbnya. Tuhan masih mengurniakan kita akal yang waras untuk berfikir cara terbaik boleh kita mengurangkan tekanan akibat inflasi.Tak tahulah saya kalau bencana alam yang dahsyat ditimpakan kepada kita ,mungkin kita tidak sempat untuk menggunakan akal untuk berfikir cara mengatasinya sepertimana yang berlaku di Myanmar sekarang dengan kematian beratus-ratus puluh ribu rakyatnya secara sia-sia.Lebih menyiksakan apabila junta pemerintah kerajaannya pula telah mengenakan berbagai sekatan bantuan kemanusiaan terhadap negara itu dari bantuan luar negara.Sedih dalam suasana kesusahan seperti itu kerajaan masih ingin main politik dengan rakyatnya dalam penentuan antara hidup dan mati.

Friday, May 2, 2008

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang tenang dan aman disamping berblog dan bertukar-tukar ide dan pandangan antara satu dengan yang lain .Bersyukur kerana kita bebas mengeluarkan ide sebelum ianya reput tanpa diketahui sesiapa.Itulah tujuan saya berbeblog.Sebagai rakyat Malaysia saya melihat bahawa Tun telah banyak melontarkan ide-ide yang sangat baik untuk kita jadikan panduan.Beliau merupakan seorang pencetus ide yang sangat dinamik.Oleh itu saya ingin mengajak warga Malaysia yang sedar tentang hal ini untuk sama-sama berganding bahu untuk kita mengkaji dan mengupas ide-ide yang baik dan bermutu ini untuk dijadikan sebagai pembakar semangat dalam mengharungi kehidupan kita seterusnya.Banyak lontaran lontaran ide yang bernas perlu kita fikir-fikirkan atau realisasikan terutama dalam masyarakat malaysia yang berbilang bangsa ini .Contohnya INTERNIT ATAU MAYA banyak manfaatnya yang boleh didapati daripadanya.Saya berharap terdapat orang-orang UMNO yang akan merintis penggunaanya secara maxima dan menurunkan ilmu ini kepada anak bangsa kita supaya mereka bukan hanya mengetahui apa itu computer malah lebih daripada itu .Kita telah banyak mendengar mengenai jutawan internit hasil penggunaan computer secara 'know-how' dalam penggunaan nya.Pejuang-pejuang bangsa bangkitlah untuk melatih anak-anak bangsa kita dalam penggunaan computer ini dengan cara yang betul dan berilmu.Rupa-rupanya penggunaan computer ini boleh mendatangkan sumber pendapatan jika kita tahu menggunakan teknologinya secara sistematik dan berhemah.Bukankah idola kita Tun telah bersusah payah untuk membawa teknologi ini dari luar negara ke Malaysia. Keajaiban penggunaannya telah dapat dirasai oleh Tun untuk kita dapat sama-sama menikmati kebaikannya.Bentuklah satu usaha dari umno tak kira dimana untuk mendapatkan ilmu ini agar rakyat yang walaupun duduk dikampung dapat menafaat daripada penggunaanya hanya dihujung jari.Atas semangat' Malaysia bolehlah' telah menyuntik semangat ramai rakyat malaysia untuk terus kehadapan menerima pelbagai cabaran yang kini dapat dirasakan bahawa jika kita terus berusaha tanpa jemu kejayaan pasti akan kita perolehi akhirnya.Kejayaan yang diperolehi atas usaha yang gigih amat besar nilai nya berbanding kejayaan yang diperolehi secara tidak berhemah dan bermaruah.

Thursday, May 1, 2008

Laman blog TUN -www.chedet.com

Apa khabar saudara/saudari sekalian?Satu perkhabaran yang sangat menggembirakan saya pada hari ini kerana Tun Dr.Mahathir yang kita sanjungi telah pun mempunyai blognya sendiri. Syabas dan tahniah diucapkan.Saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia dapat memenafaatkan setiap pandangan dan idea beliau melalui blog itu nanti .Saya rasa ramai dikalangan rakyat Malaysia menanti-nantikan laman blog ini untuk sama-sama berkongsi ide dan pandangan beliau yang sangat kritis tetapi bernas.Ide beliau telah banyak membuka minda rakyat Malaysia tidak kira Melayu,China,India dan lainlainnya untuk mengerti nilai kemanusiaan sejagat dan nilai suatu perjuangan yang sebenar.Saya dapat merasai suatu perasaan kebangkitan dikalangan rakyat semasa berada dibawah pemerintahan beliau kerana beliau sangat bijaksana samada dalam berpolitik,membina negara ,mengukuhkan ekonomi negara dan dalam menjelmakan nilai jati diri rakyat malaysia.Setiap dasar dan hujahnya diyakini tanpa perlu berdolak dalik dan sangat jelas dan terang.Ingatlah bahawa kita hanya ada seorang sahaja Tun diMalaysia ini.Saya dapat rasakan ramai rakyat malaysia telah menjadikan beliau seorang idola yang patut dicontohi.Tetapi sangat menghairankan juga terdapat sesetengahnya merasakan beliau seolah-olah pengacau.Amat merugikan bangsa Malaysia pemimpin seperti Tun disisihkan begitu sahaja.Terutama bangsa Melayu.Apakah teguran yang baik tidak patut diterima atau dikaji kebenarannya hanya kerana beliau bukan pemerintah lagi.Saya rasa ramai rakyat Malaysia kini tercuit hatinya apabila Tun diperlakukan sedemikian .Apakah kita mahu menjadikan bangsa kita satu bangsa yang tidak tahu mengenang jasa .Tun bukan calang-calang orang tua.Tun telah membina negara ini,membuka minda rakyat daripada 'nobody ' kepada 'somebody' menunjukkan kepada dunia apa yang benar kerana banyak negara didunia yang takut untuk menyatakan kebenaran meyakinkan rakyat bahawa semua bangsa adalah sama darjatnya tidak kira Jepun, Negro , Inggeris dsbnya,yang membezakan adalah kerja kuat ,rajin berusaha dan tidak mengenal putus asa.Apakah itu semua tiada nilainya bagi kita.Janganlah kita seperti kacang lupakan kulit ,taksub dengan kuasa yang kita ada sehingga terlupa bahawa kuasa ditangan kita hanyalah pinjaman semata,sehingga terlupa kepada orang yang telah memberi kepercayaan kepada kita sebelumnya untuk berkuasa.Rakyat melihat dan boleh menilai segalanya.Mereka sudah tidak boleh diperbudakkan .Segala maklumat berada dihujung jari kini.

Thursday, April 24, 2008

Bermulanya Satu Kesinambungan Perjuangan…

Aku sangat bertuah dilahirkan di Malaysia. Malaysia adalah tanah tumpah darahku. Namun nun jauh di sana, hatiku terasa rindu dengan ketegasan pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Hatiku terasa terguris dan sedih melihatkan Tun diperlakukan seolah tiada jasa yang terpahat di negara warisan kita ini. Kehebatan pemerintahannya sehingga kini masih terasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Kewujudan bangsa Malaysia dirasai dunia. Sana sini orang memperkatakan tentang Malaysia. Kita ibarat juara di kalangan Negara dunia ketiga. Kebanyakkan Negara di dunia mengakui kepesatan dan kemajuan Negara yang telah dicapai. Kebanggaan diri teramat tinggi sebagai warga Malaysia yang berdaulat. Semuanya hasil sentuhan Tun Dr. Mahathir. Aku adalah seorang warga Malaysia yang sangat prihatin tentang perkembangan semasa politik Malaysia. Aku melihat sendiri situasi semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu, kini dan sekarang. Tetapi kini, situasi sudah berubah. Kadang kala ku rasa sedih melihat Tun berjuang bermati-matian tanpa bantuan sesiapa. Setiap lontaran idea sangat bermakna, membina dan relevan untuk masa kini. Tidak pernah rasa letih berfikir atas dasar kebenaran demi agama, bangsa dan negara. Wahai anak bangsa, setiap nasihat, petua, amaran dan teguran dari mantan pemimpin besar kita Tun Dr. Mahathir harus diperhalusi sebelum kita membuat sesuatu tohmahan. Jangan anggap kritikan atau teguran yang pahit seperti jadam itu dogengan belaka. Sebagai anak bangsa kita perlu menimba ilmu daripada orang lama yang banyak pengalaman. Kadang-kadang, kebenaran itu sangat pahit untuk ditelan, namun madu yang enak di makan belum tentu mujarab kepada penyakit yang dihidapi. Halusi, renungi dan ambil iktibar atas apa yang diperkatakan. Mungkin ianya ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu kerana ini semuanya adalah rahsia dan azimat ketentuan Tuhan. Aku rasa terpanggil untuk menukilkan pandangan untuk kita renungi bersama. Wahai rakyat Malaysia, berfikirlah dengan ilmu dan akal yang waras yang Tuhan telah berikan secara saksama demi menegakkan kebenaran.

-sutera timur