Saturday, November 29, 2008
Petikan sajak ini saya ambil drp blog Mokhtar Petah sebagai mengenang jasa dan perjuangan terutama dalam alam pendidikan Tanah Air kita.......pada saudara Mokhtar izinkan saya menyiarkan sajak saudara untuk mengenang jasa dan bakti datuk Razali......untuk tatapan blogger sekalian..........
Sajak
PEJUANG TERBILANG
Bumi ini basah dik air mata melimpah,
tangis ratap para guru dan pelajar,
Raung mereka ke langit zaman,"
...kami hilang pejuang,"pada tika berita nafasmu diangkat Tuhan.
Pernah kau madahkan kepadaku,
di lobi Parlimen negara kita;"Melayu akan hilang arah,
tenggelam dalam sejarah,
jika bahasa dagang didaulatkan."
"Jerman, Indonesia dan negara mana,maju, bangsa besar,
tanpa guna bahasa dagang,daulatkan bahasa sendiri dalam segala bidang.
"Katamu," ...penulis guru saya,mereka mengajar saya,menjadi manusia Melayu,cinta bangsa sendiri,murni budi dan kemanusiaan sejati.
"Pergilah wahai pejuang,kami menyayangimu,tapi terkapai bawah sayang Tuhan,Syurga Jannatun Naim menantimu;di sana
' Dan (teman) bermata bulat jelita,Bagaikan mutiara yang tersimpan baik.
'Di antara pokok teratai tidak berduri,
Dan pohon pisang yang (buah) bersusun-susun,air memancut,buah - buahan (lazat) yang banyak (Wal Waqia'ah).Genting Highland ......................................Mokhtar Petah
Posted by . at 2:11 PM
Oleh:
Mokhtar Petah
Semuga perjuangan dan bakti yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali bakal menjadi contoh dan titik tolak ahli UMNO menolak politik wang atau melawan politik wang.Segalanya bergantung kepada diri sendiri.....tanya pada hati .....kalau kita mahu menghalangnya memang boleh......di halang......pikir-pikirlah sendiri.......wahai ahli Umno apa yg kalian mahukan dalam perjuangan ini.....demi kesinambungan Umno tulin.....yang kita harapkan.......bukan Umno Plastik atau palsu.......tolonglah kembalikan UMNO TULIN ........
Tuesday, October 14, 2008
Harapan dan Impian Baru Buat Malaysia
Berbagai nasihat dan teguran pula boleh didengar drp berbagai-bagai pihak terhadap calon-calon pemimpin ini.....janganlah marah....kalau ada yg menegur calon sbg pelawak atau ukur dulu baju sendiri ...itu adalah pandgn sahaja ....kan bagus ...dan inilah rencah-rencah demokrasi yg rakyat Malaysia mahukan dan amalkan.Itu baru sikit belum lagi kita lihat dalam bidg penulisan buku nanti mengenai berbagai isu yg lebih hebat dan dahsyat.Saya masih ingat lagi dulu TUN M digelar Mahafiraun dan bermacam-macam lagi .Memg rasa sakit hati dibuatnya.Tapi saya sangat'salute'dgn TUN M kerana dia sangat tabah dan cekal dan tak hirau dgn panggilan tersebut .Dia tahu apa yg diperjuangkan dan tak pernah marah pada mereka yg menggelarkannya malah dia seorg yg pemaaf. Masih ingat apa yg DATUK SHAHNON pernah menggelarnya dlm buku penulisannya. SAYA nak sebut pun tak tergamak. kalau dibanding sekarg apalah sangat digelar pelawak dibandingkan dgn Firaun dan ....S......Steadylah orang perjuangan kena sanggup terima apa saja gelaran barulah boleh digelar pahlawan kerana itu semua tidak penting yg pasti apa yg kita perjuangkan kena sentiasa relevan dan benar. ...Jangan ingat bila duduk dlm politik hanya benda yg baik saja hendak didengar...cara begitu dah silap....Jadi bg org muda kena ingatlah ...politik tidak hanya menjanjikan harta benda atau jawatan semata-mata malah lebih dari itu.Daya ketahanan dan daya juang kena tinggi.SEKALI KALAH BELUM TENTU KALAH SEMUA DAN KALAU MENG PUN BELUM TENTU MENG SEMUA.Tapi Kalau kita memang bagus tak ada siapa yg akan halg hasrat kita.....kecualilah yg main duit.... namun kadg kala perwakilan bijak juga sebelum mengundi konon nak pilih sipolan dgn syarat kena beri sekian -sekian banyak....tapi bila masa mengundi lain pula pilihannya. Apa nak dikata duit dah pun terlepas tapi undi tak tahu kemana.Jaga dan beringatlah sedikit hal-hal seperti ini takut nanti lepas pemilihan calon yg guna wg jatuh muflis disebabkan perwakilan yg seperti ini.....dahla tak meng kan sia...sia..pula ...itu sebab nasihat org lama kena tengoktengok juga takut tersepak batu nanti tersungkur pula.Sekurg-kurgnya dgn ada nasihat kalau jatuhpun tidaklah' tersungkur' tak gitu ....Kebenaran tentg ukur baju dulu sebelum bertanding sekurg-kurangnya ingatan dan petunjuk telah diberi.Orang melayu kan suka berfalsafah......
tapi nak ikut atau tidak sendiri mau fikirlah.....Saya rasa PM adalah org paling bijak sekali menilai kedudukannya kali ini...dan tidak bertanding.....Tahniah ...... diucapkan dan kalau boleh nasihatkanlah anak buah yg kelihatan masih kelabu dan celaru ikut contoh macam saya.....teng dan damai spt sajak yg dicipta ini 'Ku cari damai Kini' dan PM memang kini kelihatan amat berseriseri dibanding dgn sebelumnya....rakyat sekarg dah pandai menilai...mana yg bagus mana yg.........kelam......
Diharap PM dah bertemu dgn apa yg dicari selama ini....dan selamat 'berehat'.........
Sunday, September 14, 2008
SEKEPING HATI YANG HILANG..............
Oleh: Keris Terbang
Kita rindukan warganegara seperti mereka ini. Walau di mana mereka berada, walau ke mana mereka pergi, mereka tidak pernah lupa sejarah kewujudan mereka di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu menghormati mereka kerana mereka tahu untuk menghormati. Hormat yang mereka berikan, penghormatan juga yang mereka terima.
Dalam dunia yang semakin maju dan moden, pendirian dan sikap yang mulia ini telah mula terhakis dari kalangan sebahagian besar warganegaranya. Bukan kerana mereka itu mahu berubah sikap tetapi mereka sebenarnya telah diracuni. Cuma apa yang dikesalkan, mereka yang mempunyai kuasa untuk mencegah tidak segera dan tegas untuk berbuat sesuatu. Lebih mementingkan kedudukan sendiri dari memikirkan kedudukan agama, bangsa dan negara.
Peribahasa Melayu mengatakan “air yang tenang jangan disangka tiada buaya”. Hari ini kita perlu melihat dan membongkar bahawa “buaya memang suka tinggal di air yang tenang”.
Mari kita sorot kembali apa yang telah diutarakan oleh dua orang pemimpin Cina dan India satu ketika dahulu yang mana kemuliaan hati mereka ini sebahagian besarnya tidak lagi diwarisi oleh ’anak-anak’ dan ’cucu-cucu’ mereka hari ini.
Presiden MCA merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tun Tan Siew Sin, telah dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics On Special Previleges” pada 30 April 1969 sebagai berkata:
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”
Terjemahan :
Orang Melayu menerusi UMNO bermurah-hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.
(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39).
Tun V. T. Sambanthan( 1919 - 1979 )
Manakala Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos Dan Telekom, Tun V. T. Sambanthan pula pernah memberikan ucapan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 yang berbunyi :
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens…
As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”
Terjemahan :
Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, seterusnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudiannya. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh isu perkauman? Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang telah mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak diterima di Ceylon dan juga Burma. Dan lihat pula kepada saudara kita kaum Cina. Mereka juga tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar. Manakala di Ceylon pula, mereka tidak diberikan taraf warganegara, sama seperti di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu tetapi apa pula yang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.
(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60).
Friday, August 29, 2008
Pentingnya peranan pemimpin-pemimpin yang berjasa dalam menyatukan Umno.....ke landasan yang betul....
Dari blog Che Det
Snippets
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 29, 2008 12:44 PM | Permalink | Comments (130) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.
2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.
3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.
5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.
6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?
7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.
8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.
9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.
10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?
Wednesday, August 27, 2008
UMNO HARUS MELIHAT DR. M SEBAGAI ASSET KEPADA PARTI UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN PARTI DAN BUKAN BERGANTUNG KEPADA EZAM DAN NALLAKARUPPAN
6:38 PM

Sunday, July 27, 2008
Cetusan komen mengenai isu kereta nasional Proton Perdana....
Hai saudara sukj,
Saya juga adalah salah seorg pengguna kereta Proton Perdana dan waja 1.8.Memang betul seperti tuan tuan perkatakan ,melalui penggunaan kedua-dua kereta ini memang saya rugi .Proton Perdana pernah rosak gear boxnya,untk di baikki lebih RM 6000 saya perlu keluarkan.Atas semangat patriotik saya masih menggunakan Waja setelah Perdana dijual.Masalah yang sama juga berlaku.Tapi saya tidak pernah menyalahkan Tun atas inisiatifnya mengujudkan kereta nasional.Berapa org yg sanggup mencetuskn ide seperti ini di dunia ini. Patutnya kita berbangga dengan ide ini kerana telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada be ratus ribu org dalam mencari rezeki atas cetusan ide murni ini untuk menanggung keluarga mereka. Permasalahan mengenai isu ini (kerosakan kereta )bukan hanya dialami oleh proton sahaja ,malah juga jenis kereta-kereta yg lain didunia ini.Sepatutnya permasaalahan ini harus diambil perhatian oleh pihak pengurusan atasan proton. Ikutlah contoh syarikat Toyota yg telah berjaya kini ,sebelumnya masalahnya sama juga dengan proton sebelum ini.Atas inisiatif dan usaha yang berterusan serta mendapatkan 'feedback 'drp pelggan dan kritikan mereka ianya diperbaiki tanpa jemu.Kritikan adalah sangat baik untuk memperbaikki kelemahan kita.Pihak atasan tidak sepatutnya berkecil hati kerana pengguna adalah 'RAJA' dalam pasaran. Setelah apa yg telah Tun cetuskan dalam projek kereta ini takkan lah beliau juga yg harus mencari jalan untuk memperbaikki dan membetulkan semua keadaan kerosakan yg berlaku. Patutnya pihak R and D PROTONLAH lah yg HARUS cari jalan untuk upgradkan sistem injin proton dr semasa kesemasa. Kita tahu persaingan dalam pasaran kereta sangat hebat ,proton juga harus cari jln supaya harga kereta proton dapat diturunkan atau dikurgkan supaya setiap rakyat malysia dapat menggunakanya sekurg-kurg sebuah untuk satu keluarga.Takkan itu pun Tun perlu beritahu.Come on you guy ...dont only know to blame Tun....fikir-fikirlah...sikit..bukankah itu dah jadi satu jenama bg Malaysia ...tolonglah bagi support sptmana rakyat Korea dan Japan support barangan keluaran negara mereka...Pihak pengurusan Proton sepatutnya beri perhatian dgn bersungguh-sungguh dalam membina satu jenama negara yg unggul di pasaran antarabgsa.Sebenarnya memang boleh ,cuma kesungguhan saja yg diperlukan dr semua pihak dan bukan dgn hanya tahu menuding jari......krn kalau setakat menuding jari nanti tak de satu pun keyakinan dapat diwujudkan dalam merealisasikan sesuatu ide....itu......Nak bina sesuatu produk bukan mudah,tetapi kalau nak hapuskan seng sangat....dan tak perlu fikirkan apa-apa......
26/7/08 03:28
Saturday, July 19, 2008
Mungkin kita perlukan kata-kata motivasi demi anjakan paragdima dalam meneruskan hari-hari yang mendatang ini.........
Wednesday, July 2, 2008
Saturday, June 14, 2008
Friday, June 6, 2008
Rintihan rakyat dalam kemelut kenaikan harga barg dan minyak.
Saturday, May 10, 2008
Mengurangkan Bebanan Inflasi cara Kita Sendiri
Dulu kalau anak-anak diberi sepuluh ringgit macam-macam boleh dibeli.Tetapi kini nak beri lima ringgit pun belum tentu mampu.Itulah cerita rakyat yang susah.Mungkin mereka yang biasa berbelanja di London tidak dapat bayangkan bagaimana kesusahan rakyat ini.Bebanan inflasi semakin terasa kini.Apakah usaha kita untuk membendung inflasi ?Nampaknya kita harus mengambil inisiatif sendiri mengatasi masalah ini.Contohnya kita harus berjimat cermat berbelanja dan membeli hanya bila perlu dan ikut keutamaan keperluan kita.Marilah kita mulakan dengan bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan harian samada dibelakang atau dihalaman rumah. Cara ini mungkin dapat menjimatkan kos atau perbelanjaan harian kita.Lebih-lebih lagi bumi Malaysia ini adalah bumi bertuah campaklah apa saja pasti subur.Kita perlu gilap semula sifat kerajinan untuk bertanam semula .Ianya bukan saja menjimatkan tetapi juga memberi kesihatan yang baik pada tubuh apabila berpeluh.Kadangkala tindakan kita kena ambil secara drastik dan bijaksana demi memperjuangkan suatu kehidupan dalam usaha melawan inflasi.Walaubagaimanapun bersyukurlah kita kerana telah dijauhkan daripada bencana-bencana yang besar seperti ribut taufan, letupan gunung berapi,peperangan dsbnya. Tuhan masih mengurniakan kita akal yang waras untuk berfikir cara terbaik boleh kita mengurangkan tekanan akibat inflasi.Tak tahulah saya kalau bencana alam yang dahsyat ditimpakan kepada kita ,mungkin kita tidak sempat untuk menggunakan akal untuk berfikir cara mengatasinya sepertimana yang berlaku di Myanmar sekarang dengan kematian beratus-ratus puluh ribu rakyatnya secara sia-sia.Lebih menyiksakan apabila junta pemerintah kerajaannya pula telah mengenakan berbagai sekatan bantuan kemanusiaan terhadap negara itu dari bantuan luar negara.Sedih dalam suasana kesusahan seperti itu kerajaan masih ingin main politik dengan rakyatnya dalam penentuan antara hidup dan mati.
Friday, May 2, 2008
Thursday, May 1, 2008
Laman blog TUN -www.chedet.com
Thursday, April 24, 2008
Bermulanya Satu Kesinambungan Perjuangan…
-sutera timur
Jadilah manusia yg tahu bersyukur atas nikmat tuhan melalui khalifahnya didunia ini.Cuba renung sejenak kalau bukan Tun yang memerintah Malaysia sebelum ini apakah nikmat spt apa yg dirasai kini akan kita nikmati agaknya.Kita ada akal dan disuruh berfikir,bandingkan dgn Indonesia dan Filipina apa perbezaan menjadi warga Malaysia dibawah Tun ?Anda tidak terasa bgga spt. warga Malaysia lain rasakan.Janganlah jadi munafik dalam menyatakan kebenaran.Bukan mudah utk membina negara ,beliau lebih tahu apa yg ter baik untk negara dan rakyat . Kita harus serahkan kpd kebijaksanaan nya.Saya rasa keselesaan kini belum tentu kita semua rasakan jika bukan Tun yg jadi PM pada masa itu.Lihat saja negara spt Ghana dan negara lain yg sama merdeka dgn kita masih mergkak-rgkak untuk mencapai kemajuan.Lihat dan bandingkan pula dgn sekarg apakah bentuk pemerintahan seperti ini yg anda mahukan kini? Lihatlah dgn mata hati supaya kita tidak menjadi org yg kufur nikmat.Wasallam...